Majlis Fatwa Kebangsaan: Vape itu haram

Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa penggunaan e-rokok, ataupun lebih dikenali sebagai ‘vaping’, adalah dilarang menurut tuntutan agama Islam, maka adalah haram. 

Profesor Emeritus Dr Abd Shukor Husin selaku Pengerusi MFK memberitahu Utusan Malaysia bahawa vape adalah merbahaya, merugikan, dan menjejaskan kesihatan. 

“Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape. Apabila cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ia membazirkan dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram,” jelas beliau. 

“Kita telah putuskan dan tiada masalah mengenai perkara ini. Sebenarnya Kementerian Kesihatan maklumkan yang mereka sedang menunggu pakar-pakar mereka tetapi kita telah mendahului kerana daripada segi asasnya, jika ia memudaratkan dan membazir maka daripada segi agama kita tidak setuju perkara seperti itu.”

Budaya vape semakin popular di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya perokok yang ingin berhenti dari tabiat itu. Vape juga mula menjadi lambang status di kalangan pengguna muda. 




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on