Xiaomi lancar phablet berkuasa tinggi Mi Note di Malaysia

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com

Selepas pertama kali diperkenalkan di China pada awal tahun ini, akhirnya Mi Malaysia berjaya melancarkan phablet berkuasa tinggi Xiaomi, Mi Note di Malaysia.

Malaysia akan menerima Mi Note dengan storan 64GB yang dijual pada harga RM1549 termasuk GST. Seperti biasa, ia akan dijual secara terhad di lamanwebwww.mi.com/my pada 28 Julai 2015. Mi Malaysia turut menyatakan ia akan berada di Celcom, Digi & U Mobile di masa akan datang.

Mi Note adalah phablet berkuasa tinggi dengan rupa premium. Ia mempunyai kerangka besi dan menggunakan kaca sebagai kemasan di belakang.

Bagi menambah rasa premium padanya, ia menggunakan kaca lengkung 3.0D di belakang, dan kaca lengkung 2.5D di depan, memberi rasa lebih selesa digenggam. kedua-dua kaca depan dan belakang ini diperbuat dari Corning Gorilla Glass 3 yang terkenal kekukuhannya.

Phablet Mi Note mempunyai skrin IPS sebesar 5.7-inci HD Penuh, 1920×1080. Ia turut dilengkapi teknologi Sunlight Display, yang meningkatkan kontras berbanding kecerahan, di bawah terik mentari. Mi Note mempunyai badan senipis 6.95mm, lebih nipis dari iPhone 6 Plus dan Samsung Galaxy Note 4. Mi Note juga memiliki pembesar suara stereo, yang terletak di bawah telefon bersama port mikroUSB 2.0. Satu perkara unik pada Mi Note, ia terbina cip dekoder audio ESS ES9018K2M, yang menghasilkan bunyi berkualiti tinggi Hi-fi.

Dalamannya, Mi Note memmpunyai perkakas yang sama seperti Mi4. Ia dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 801 4-teras berkelajuan 2.5GHz dengan 3GB RAM. Storan dalamannya 64GB, dengan tiada pilihan memori tambahan kerana tiada slot kad memori mikroSD. Mi Note mempunyai dwi-slot sim, bersaiz mikro dan nano. Kedua-dua slot ini menyokong 4G LTE.

Kamera belakang Mi Note diperkasakan oleh sensor CMOS Sony IMX214 generais-2, 13MP dengan apertur f/2.0 serta penstabil imej optikal (OIS). Ia juga mempunyai dwi Flash LED. Manakala kamera hadapannya hanyalah 4MP, berbeza dengan Mi4 yang mempunyai 8MP kamera hadapan. Tetapi kamera hadapan Mi Note ini menggunakan sensor lebih besar pada 2-mikron piksel.

Bateri pada Mi Note berkapasiti 3000mAh, yang tidak boleh dibuka, mungkin kerana rekaannya yang memfokuskan pada kenipisan rekabentuk badan. Xiaomi melengkapkan lagi kuasa Mi Note dengan teknologi pengecasan Quick Charge 2.0, yang boleh mengecas bateri lebih pantas dari biasa. Tetapi, jika ia menggunakan teknologi yang sama seperti Mi 4i, mungkin pengecasan ini tidak sepantas mana.

Jangan lupa menetapkan tarikh 28 Julai jika anda berminat untuk mendapatkan Mi Note ini. hanya warna putih ditawarkan buat masa ini. Lawati juga Facebook Mi Malaysia dan twitter @XiaomiMY untuk peluang mendapatkan F-Code, dan membeli Mi Note terus tanpa perlu beratur pada 28 Julai 2015.




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on