Artikel ini dipetik dari rakan kami TheSkop.com
Sebulan yang lepas, TuneTalk mengumumkan, pemberian data percuma 1GB kepada penggunanya yang menambah nilai RM30. Tetapi data 1GB ini hanya boleh digunakan selama 7 hari sahaja. Kini, pengguna boleh menggunakan tambah nilai RM30 ini lebih lama, dengan mendaftar pelan data yang baru diperkenalkan TuneTalk.
Pengguna TuneTalk kini boleh mendaftar pelan data 1GB, hanya RM25 sebulan. Data 1GB ini boleh digunakan selama 30 hari. Dengan menambah nilai RM30 kemudian mendaftar pelan 1GB ini, pengguna TuneTalk boleh mendapatkan 2GB data berkelajuan tinggi.

Jika kuota data ini tidak mencukupi, TuneTalk masih memiliki pelan internet dengan kuota 3GB berharga RM52 sebulan (RM17.33/GB) dan juga kuota 5GB berharga RM68 sebulan (RM13.60/GB).
Pelan data prabayar 1GB berharga RM25, telah pun diperkenalkan U Mobile melalui UMI25, serta Celcom XPAX MAGIC Sim. Kini TuneTalk pula turut serta dalam perlumbaan internet murah yang lebih mampu dimiliki semua. Ini adalah satu perkembangan sihat dan menguntungkan pengguna prabayar di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Pelan Data TuneTalk.
