Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com
Youtube sering menjadi punca kehabisan kuota data mudahalih. Tetapi dengan fungsi terbaru ini, ia mungkin dapat menyelamatkan anda dari kehabisan data mudahalih berkelajuan tinggi. Youtube kini mempunyai fungsi muat turun, agar video boleh ditonton tanpa sambungan internet.
Tidak dapat dipastikan bilakah fungsi ‘Youtube Offline‘ ini diaktifkan, kerana tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Youtube ataupun Google. Tetapi fungsi muat turun ini kini terdapat di aplikasi Youtube di Android dan iOS.

Untuk muat turun adalah mudah. Buka video Youtube yang mahu dimuat turun, kemudian lihat butang anak panah ke bawah, di bawah video tersebut. Tekan untuk mula muat turun.
Ia akan bertanyakan resolusi yang ingin dimuat turun. Tekan OK dan selepas itu, muat turun pun dimulakan. Semua video Youtube yang dimuat turun, boleh dilihat di dalam ruangan Offline Youtube.

Menurut laman Youtube Help, video yang dimuat turun ini perlu ditonton dalam masa 48 jam selepas dimuat turun. Selepas itu, ia memerlukan sambungan internet untuk memeriksa kemaskini atau perubahan.
Pengguna juga perlu mendaftar masuk akaun Youtube untuk mengaktifkan fungsi ini. Selain itu, tidak semua video boleh dimuat turun. Jadi, jangan terkejut jika butang download tidak aktif.
Bolehlah jimatkan kuota data, dengan download video Youtube guna Wifi siap-siap lepas ni.
