Tiada lagi caj, akhirnya WhatsApp percuma sepenuhnya

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com

 

Mungkin ia bukanlah perkara penting untuk kebanyakan pengguna di Malaysia, tetapi Whatsapp kini tidak lagi mengenakan caj langganan. Sebagai aplikasi permesejan paling banyak digunakan di dunia masakini, akhirnya WhatsApp percuma untuk semua.

Mungkin anda tidak pernah membayarnya sebelum ini, tetapi WhatsApp sebenarnya mengenakan yuran langganan setiap tahun. Cajnya tidaklah mahal, hanya RM3.50 setahun. Tetapi, tidak dapat dipastikan, mengapa ia tidak pernah dicaj, mungkin untuk pengguna di Malaysia.

Kadar langganan sebelum whatsapp percuma

WhatsApp memaklumkan, caj ini dimansuhkan untuk memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk menggunakannya. Tidak ramai yang memiliki kad kredit/debit, jadi sukar untuk pengguna seperti ini, untuk terus menggunakan WhatsApp jika perlu dibayar.

Jadi, apabila tiada lagi caj dikenakan, adakah WhatsApp akan mula dipenuhi iklan? Mengikut WhatsApp, ia akan kekal tanpa iklan, tetapi akan menggunakan cara berbeza untuk menjana keuntungan.

WhatsApp akan menjelajahi ruang perniagaan baru, contohnya menjadi platform notifikasi dari bank, ataupun berkaitan penerbangan. Berbanding SMS dan panggilan, anda mungkin akan menerima notifikasi sebegini, melalui WhatsApp selepas ini. WhatsApp percuma ini, akan terus memberikan pengalaman tanpa iklan dan mesej tidak berkaitan (SPAM), kepada pengguna.

Berbalik kepada persoalan yang kami sendiri masih tidak dapat huraikan, kenapakah WhatsApp yang kami gunakan tidak pernah dicaj sebelum ini? Setiap kali menghampiri tarikh tamat langganan, ia akan diperbaharui secara automatik. Adakah ia untuk manusia yang bertuah sahaja?

Tak mengapalah. Terima kasih WhatsApp untuk servis yang percuma sebelum ini, dan percuma sepenuhnya di masa akan datang. Tapi, jangan sampai jadi hamba WhatsApp ya!




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on