Tambang UberX turun di bandar-bandar utama Malaysia

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com 

Bermula hari ini, 18 Januari 2016, Uber Malaysia mengumumkan kadar baru UberX. Kadar baru ini meliputi Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang, dan ia lebih rendah berbanding dulu.

Uber Malaysia memberitahu penurunan harga ini, dalam pengumuman yang berbeza untuk Kuala Lumpur,Johor Bahru dan Pulau Pinang. Kadar baru ini, adalah seperti dalam jadual berikut:

Dengan kadar baru ini, tambang dari KL Sentral ke Mid Valley berkurangan dari RM8, ke sekitar RM4. Manakala tambang dari 1Utama ke TTDI, menjadi RM3 daripada kadar lama RM5.

Di Johor pula, kadar tambang dari lapangan terbang Senai ke bandar Johor Bahru, berkurangan dari RM30 kepada RM26.

Untuk Pulau Pinang, tambang ke lapangan terbang Pulau Pinang dari bandar Georgetown, menurun ke RM20 dari RM23.

Tambah Uber Malaysia lagi, penurunan kadar ini bukan sahaja menguntungkan penumpang, malah kepada pemandu juga. Menurut kajian Uber di New York, tambang Uber menurun 30% antara tahun 2012 ke 2015. Tetapi, purata pendapatan pemandu meningkat setiap tahun.

 

Malah, masa menunggu pemandu juga berkurangan. Pemandu mempunyai lebih masa mengambil penumpang, berbanding masa menunggu yang tidak menjana pendapatan. Lebih separuh masa pemandu, kini didapati membawa penumpang. Berbanding tahun 2012, hanya suku masa pemandu membawa penumpang, dan lebih separuh masa menunggu.

Pendek kata, dengan tambang lebih rendah, lebih ramai yang mahu menaiki uber, sekaligus meningkatkan pendapatan pemandu Uber. Situasi menang-menang untuk penumpang, dan juga pemandu.




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on