Semua peranti kecergasan Ftibit kini di Malaysia

Artikel ini dipetik dari rakan kami TheSkop.com

Fitbit adalah satu jenama terkenal dalam produk peranti kecergasan di dunia. Hari ini, Fitbit mengumumkan ketibaannya di Malaysia, dengan menampilkan seluruh produk mereka yang menjadi jualan no 1 di seluruh dunia.

Platform Fitbit menawarkan pengguna untuk beraktiviti kecergasan dengan lebih menarik, bagi mencapai sasaran kecergasan yang ditetapkan.

Fitbit memahami satu produk tidak dapat memenuhi keperluan semua. Kerana itu mereka membawa 7 produk untuk pasaran Malaysia iaitu Fitbit Surge, Fitbit Charge HR, Fitbit Charge, Fitbit Flex, Fitbit One, Fitbit Zip dan penimbang berat pintar, Fitbit Aria.

Semua produk Fitbit boleh digunakan di pelbagai platform seperti iOS, Android, Windows Phone, Windows PC dan MacOS. Selain itu, Fitbit turut menyediakan pusat komuniti setempat, untuk pengguna berkongsi penggunaan Fitbit mereka, samada membandingkan prestasi ataupun mengumpul lencana kejayaan.

Fitbit adalah peranti kecergasan yang tahan lama. Jangka hayat baterinya sekurang-kurangnya lima hari atau lebih. Ia juga kalis percikan air agar selamat digunakan ketika berpeluh, tetapi tidak boleh dibawa bersama ketika berenang di dalam kolam renang.

Teknologi terbaru PurePulse pada Fitbit Surge dan Charge HR, memaparkan kadar denyutan jantung sepanjang masa pemakaian, sambil mengekalkan daya tahan bateri yang panjang.


Barisan produk terbaru Fitbit

Semua produk Fitbit kini boleh didapati di Malaysia melalui pengedar sah seperti RadioShack, All IT Hypermarket, A One Plus, iStore, Harvey Norman dan lamanweb Superbuy. Harga dan warna peranti Fitbit disenaraikan di bawah ini:

Fitbit Surge – RM968 – Hitam, Biru, Tangerine
Fitbit Charge HR – RM620 – Hitam, Plum, Biru, Tangerine
Fitbit Charge – RM510 – Hitam, Biru, Burgundy, Slate
Fitbit Flex – RM408 – Hitam, Slate, Navy, Merah, Tangerine, Teal, Violet, Biru, Lime, Merah Jambu
Fitbit One – RM408 – Hitam, Burgundy
Fitbit Zip – RM250 – Arang, Magenta, Biru, Lime
Fitbit Aria – RM525 – Hitam, Putih




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on