Samsung melancarkan 3 Model Galaxy A 2016 di Malaysia

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com

 

Hari ini tibanya telefon terbaru Samsung bagi tahun 2016, yang turut mendapat nama 2016. Tiga telefon Galaxy siri-A iaitu Galaxy A3, Galaxy A5 dan Galaxy A7 2016 mula dijual di Malaysia hari ini, 28 Januari 2016.

Untuk meraikan ketibaan Galaxy A 2016 ini, Samsung mengadakan pameran jelajah di Sunway Pyramid, bermula hari ini 28 Januari sehingga 31 Januari 2016. Samsung menawarkan hadiah berupa telefon percuma, untuk pembeli bertuah di jelajah ini.

 

Selain itu, Samsung juga memberikan kad mikroSD 32GB percuma, untuk semua pembelian Galaxy A 2016 yang baru ini. Bermakna, storan Glaxy A 2016 menjadi 16+32GB, bersamaan 48GB.

Rekaan baru Galaxy A 2016 ini memiliki ciri yang sama seeprti Galaxy S6 dan Note5. Ia menggunakan bingkai besi, dengan kaca menghiasi badan belakangnya. Baterinya tidak boleh dicabut, dan kad sim serta mikroSD dimasukkan melalui dulang di tepi.

Selain itu, Galaxy siri-A yang baru ini menampilkan kamera yang sama hebat. Kamera belakangnya mempunyai sensor sensor 13MP F1.9 dengan kelebihan pada A5 & A7 yang dilengkapi penstabil imej optikal (OIS).

Kamera hadapan pula 5MP F1.9. Seperti peranti baru Samsung yang lain, aplikasi kamera boleh dilancar pantas, dengan menekan butang Home dua kali. Galaxy A5 & A7 turut mempunyai tambahan pengimbas capjari di butang Home.

Galaxy A3 mempunyai skrin Super AMOLED 4.7-inci, dengan resolusi HD 1280×720. Ia datang dengan CPU 4-teras 1.5GHz, bersama 1.5GB RAM. Ia Baterinya berkapasiti 2,300mAh, tanpa teknologi pengecasan pantas.

Galaxy A5 pula memiliki skrin sebesar 5.2-inci HD Penuh, dengan paparan Super AMOLED. Ia dikuasakan CPU 8-teras 1.6GHz, yang dipadankan dengan 2GB RAM. Baterinya berkapasiti 2,900mAh dengan pengecasan pantas.

Galaxy A7 adalah telefon dengan skrin terbesar, bersaiz 5.5-inci HD penuh serta paparan Super AMOLED. Ia dikuasakan CPU 8-teras 1.6GHz, dengan 3GB RAM. Baterinya berkapasiti 3,300mAh, juga menyokong pengecasan pantas.

Walaupun ia model baru tahun 2016, telefon ini masih tidak menjalankan Android 6.0 Marshmallow. Ia hanya dibekalkan dengan Android 5.1 Lollipop. Tetapi ia pasti akan menerima kemaskini Marshmallow kelak. Seperti biasa, antaramukanya menggunakan Samsung TouchWiz.

Ketiga-tiga model ini akan mula dijual di Malaysia pada3 Februari 2016. Galaxy A3 dijual pada hargaRM1,299, manakala Galaxy A5 berharga RM1,599 dan Galaxy A7 pula RM1,899. Semua harga ini termasuk GST.

Samsung Malaysia menyediakan empat warna pilihan untuk ketiga-tiga model Siri-A 2016 ini iaitu Putih, Hitam, Emas dan Emas Merah Jambu.




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on