Sambungan Internet TM ke talian antarabangsa mengalami kelembapan

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com 

Adakah talian internet UniFi atau Streamyx anda terasa lembab bak kura-kura? Masalah ini nampaknya diakui oleh TM sendiri, menerusi twitter @TMConnects.

TM melaporkan terdapat masalah rangkaian ke Amerika Syarikat dan Asia Utara. Akibatnya, akses ke lamanweb dan servis yang terletak di Amerika Syarikat, menjadi sangat perlahan berbanding biasa.

Setakat ini masih tiada kenyataan rasmi tentang masalah sebenar yang berlaku. Tetapi ia mungkin berkaitan kabel dasar laut. Masalah ini bukan pertama kali berlaku, kerana ia telah pun terjadi pada Februari tahun lepas.

Pemulihan akan mengambil masa, bergantung kepada kadar kerosakan dan keadaan persekitaran. Ia mungkin mengambil masa berminggu atau berbulan lamanya. Laporan lanjut tentang masalah ini akan kami laporkan sejurus menerima laporan dari TM.




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
Subscribe on