Produk tiruan OPPO bernilai RM4,200 dirampas KPDNKK

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com

OPPO Malaysia kelihatan tegas memerangi penjualan produk tiruan mereka, lebih-lebih lagi selepas kes kecurian di Plaza Lowyat Julai lepas. Pada 20 November lepas, OPPO Malaysia menyertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), dalam serbuan ke atas penjualan produk tiruan OPPO.

Dua premis di pusat membeli belah di Shah Alam & Seremban, diserbu oleh KPDNKK kerana menjual produk tiruan OPPO. Produk tiruan OPPO ini dipercayai dijual di antara RM400 ke RM700, di mana produk asli OPPO ini dijual pada harga di antara RM1,000 ke RM2,098.

Dalam serbuan di Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan di Terminal 1, Seremban, KPDNKK telah merampas lapan jenis produk tiruan OPPO bernilai lebih RM4,200. Wakil dari OPPO Malaysia turut sama menyertai operasi serbuan KPDNKK di kedua-dua premis ini.

Othman Nawang dari KPDNKK menjelaskan, KPDNKK telah mengumpul maklumat dan bukti mencukupi, setelah menerima aduan penjualan produk tiruan yang dilabel sebagai OPPO, di kedua-dua premis ini. Kementerian telah menghantar pasukan pemantau di kedua-dua lokasi dan mendapati mereka benar-benar menjual produk tiruan OPPO.

Sebanyak 8 unit produk tiruan menggunakan jenama OPPO telah dirampas. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011. Serbuan ini adalah yang pertama melibatkan jenama OPPO dan kementerian akan menyiasat sumber produk tiruan ini, tambah Othman.

Produk tiruan OPPO memiliki rupa dan warna yang sama seperti produk asli OPPOProduk tiruan OPPO memiliki rupa dan warna yang sama seperti produk asli OPPO

Boyce Lee dari OPPO Malaysia berkata, OPPO telah menerima banyak aduan tentang produk tiruan ini, dan edarannya dilihat semakin meluas. OPPO telah berhubung rapat dengan KPDNKK untuk menghentikan edaran produk tiruan ini, dan mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

Produk tiruan ini mempunyai rupa dan warna yang sama seperti produk asli, menjadikannya sukar untuk dibezakan. Tetapi kualitinya yang teruk dan fungsi yang tidak stabil, memburukkan jenama OPPO apabila pelanggan percaya ia adalah produk asli OPPO.

Tambahan lagi, produk tiruan mungkin menggunakan perkakas yang tidak berfungsi dengan baik atau merbahaya, membawanya kepada kepanasan melampau dan mungkin meletup, jelas Boyce lagi.

Orang ramai disaran untuk memeriksa dengan teliti sebelum membeli sebarang produk OPPO, dari sumber yang diragui. Pengguna boleh merujuk ke pengedar sah berdaftar atau lamanweb rasmi untuk maklumat lanjut. Malah, pengguna boleh memeriksa keaslian produk OPPO mereka dalam talian, menggunakan nombor IMEI .

Pengguna juga digalakkan untuk melapor sebarang penjualan produk tiruan, ke talian hotline KPDNKK di nombor 1800-886-800.

sijil pengedar sah OPPO




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on