Practo memudahkan pencarian doktor dan klinik

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com 

Pencarian doktor dan klinik di Malaysia boleh menjadi lebih mudah, dengan aplikasi mudahalih dari Practo. Practo adalah peneraju platform penjagaan kesihatan di Asia, hari ini mengumumkan ketibaan dua produk mereka ke Malaysia, Practo Search dan Practo Ray.

Dengan Practo Search, pengguna di Malaysia boleh mencari senarai doktor berjumlah 500 orang, di lebih 350 klinik yang terdapat dalam pengkalan data Practo. Practo telah mengumpulkan lebih 50% data klinik-klinik persendirian di Kuala Lumpur.

Untuk memastikan semua data yang terdapat di dalam pengkalan data tepat dan terkini, Practo mempunyai 15 anggota pasukan tersendiri, yang akan memeriksa dan mengesahkan maklumat doktor serta lokasi klinik. Proses penyenaraian ini dilakukan secara percuma.

Sistem Practo Ray pula adalah produk perisian perniagaan-ke-perniagaan (B2B) di awan. Ia memudahkan doktor dan klinik mengautomasikan pengurusan, penjadualan bil serta pengurusan inventori. Ia juga menyediakan rekod penjagaan kesihatan digital dan preskripsi pesakit, agar mudah untuk dirujuk semula sejarah penjagaan kesihatan mereka terus dari aplikasi.

Practo akan diperluaskan lagi ke luar Kuala Lumpur merangkumi Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya, Puchong, Klang, dan Seremban. Practo juga merancang untuk bertapak di utara Malaysia seperti Georgetown, Ipoh, Taiping, dan Alor Setar.

Semua produk Practo akan diperoleh di lamanweb Practo. Manakala aplikasi mudahalih boleh dimuat turun secara percuma, di Apple Appstore dan Google Playstore.
 




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on