Pengalaman Windows 10 mudahalih termurah di Lumia 550

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com 

 

Banyak telefon mula dijual hari ini, 15 Januari. Microsoft Malaysia turut sama dalam pengumuman ini,dengan memulakan penjualan telefon pintar berasaskan Windows 10, Lumia 550. Ia boleh didapati semua stor pengedar sah Microsoft Malaysia.

Lumia 550 adalah telefon pintar berasaskan Windows 10, pada harga mampumilik RM559 sahaja. Dengan Windows 10, pengguna boleh menggunakan fungsi seperti pembantu peribadi Cortana, Microsoft Office, OneDrive dan Skype di telefon pintar. Malah, tugasan yang dilakukan di telefon ini, boleh disambung semula untuk disiapkan di komputer.

Microsift Lumia 550 hitam dan putih

 

Ia dilengkapi CPU Snapdragon 210, 4-teras 1.2GHZ bersama 1GB RAM. Storannya pula 8GB, beserta slot kad mikroSD yang sedia menampung sehingga 200GB storan tambahan.

Lumia 550 mempunyai skrin sebesar 4.7-inci, dengan resolusi tajam HD 1280×720. Paparan ini datang dengan fungsi Glance, yang memaparkan masa, tarikh, kalendar dan pelbagai notifikasi penting, tanpa perlu mengaktifkan telefon.
 

Microsoft Lumia 550 depan belakang sisi

 

Lumia 550 dilengkapi kamera belakang 5MP F2.4, dengan autofokus yang boleh merakam video HD 720p, bersama satu LED Flash. Kamera depannya pula 2MP.

Lumia 550 datang dengan bateri 2,200mAh, yang boleh dicabut. Slot kad simnya bersaiz nano, yang menyokong rangkaian pantas 4G LTE.

Dua warna boleh dipilih pembeli, iaitu Hitam Matte dan Putih Glossy. Ia boleh dibeli pada harga RM559termasuk GST, di semua semua stor pengedar sah Microsoft Malaysia.




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on