Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan telah lama membela Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sehingga kenyataan-kenyataan yang dibuat beliau menjadi bahan lawak di laman media sosial Malaysia.
Tindakan Ahmad Maslan terbaru untuk mempromosikan GST sebagai cukai baru yang tidak membebankan rakyat disiarkan semalam melalui akaun Twitter beliau, di mana dua foto dimuatnaikkan yang menunjuk “nasi goreng campur resepi tiada GST” yang dimasak oleh menteri itu sendiri:
Sedap juga nampaknya masakan Ahmad Maslan. Namun, seperti biasa yang terjadi sejak pengenalan GST pada 1 April, propaganda menteri tersebut disambut dengan sinis oleh netizen Malaysia:
Susah betul nak jadi Timbalan Menteri Kewangan ni. Try bubur lambuk pula la lain kali, bulan puasa pun dah dekat.
