Muat turun dan tonton iflix tanpa sambungan Internet

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com 

Perkhidmatan stream filem dan siri tv yang lahir di Malaysia, iflix kini mengumumkan fungsi baru yang dinanti ramai. Kini iflix boleh ditonton di luar talian, tanpa internet kerana ia boleh dimuat turun terlebih dahulu, untuk tontonan kemudian.

Bagaimanapun menurut CEO iflix Malaysia, Azran Osman Rani, fungsi muat turun ini hanya terdapat untuk peranti Android sahaja. Ia masih belum dapat digunakan di iOS, ataupun di pelayar web.
 

Untuk menggunakan fungsi muat turun ini, mudah sahaja. Pastikan aplikasi iflix Android dikemaskini dengan versi terbaru. Kemudian buka iflix, cari rancangan yang ingin dimuat turun, dan tekan butang download.

Tiga jenis kualiti boleh dimuat turun, jadi pilih ikut kemampuan storan dan kelajuan internet. Selepas habis dimuat turun, ia boleh ditonton dalam masa 7 hari, di dalam menu My Downloads. Jika ruang storan membenarkan, muat turun seluruh siri drama pasti tiada masalah, sebagai teman dalam penerbangan yang panjang.

iflix menawarkan tayangan filem dan siri tv dari seluruh dunia, seperti Amerika, Korea malah Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Selain ini, iflix juga menawarkan siri anime dari Jepun.

Semua ini boleh ditonton secara stream, menerusi peranti Android, iOS atau pun terus dari pelayar web, diwww.iflix.com. iflix juga menyokong Google Chromecast, untuk tayangan di skrin TV LCD.

Langganan iflix juga sangat murah, hanya RM 10 sebulan atau RM96 setahun (RM8 sebulan). Semua ini untuk semua tayangan dalam pustaka iflix tanpa had. Nak lagi menarik, pengguna kad Maybank boleh mendapatkan diskaun 20% untuk langganan iflix. Langgan segera di www.iflix.com.

Masih ragu-ragu? iflix menawarkan percubaan percuma tanpa komitmen, selama 30 hari. Malah, jika andapengguna Digi, iflix memberikan tempoh percuma selama 60 hari, serta bayaran langganan terus dari bil Digi.




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on