Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com
Baru semalam Xiaomi hantar jemputan untuk pelancaran produk baru minggu depan. Hari ni mereka dah umumkan di Facebook Mi Malaysia, akan mula menjual produk baru lain di lamanweb Mi Malaysia, esok.
Mi Powerbank 10,000mAh yang lebih kecil, akan mula dijual di Malaysia jam 12 tengahari esok, di lamanweb Mi Malaysia.

Walaupun ia kelihatan hilang 400mAh, tetapi saiz fizikalnya menjadi jauh lebih kecil, dan lebih ringan. Mi Powerbank 10,400mAh sebelum ini berukuran 90.5 x 77 x 21.6mm dengan berat 250 gram, tetapi Mi Powerbank 10,000mAh yang baru mempunyai ukuran 91 x 60.4 x 22 mm dan berat hanya 207 gram. Pengurangan lebar sebanyak 17mm.
Tetapi harga Mi Powerbank ini kekal sama. Ia baru sahaja menerima kenaikan harga RM10 pada minggu lepas, dan akan dijual esok pada harga RM59 termasuk GST. Walaupun di lamanweb ia memaparkan pelbagai warna, dijangka hanya warna perak akan dijual di Malaysia seperti biasa.
Jangan lupa untuk daftar masuk akaun Mi di lamanweb Mi Malaysia esok lebih awal, sebelum jam 12 tengahari untuk mendapatkan powerbank terbaru dari Xiaomi ini.
