Mi In-Ear Headphones Pro akan tiba di jualan Krismas Mi Malaysia

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com
 

Mi Malaysia baru sahaja melancarkan Mi In-ear Headphones v3, yang juga dikenali sebagai Piston v3 pada September lepas, dan kini terdapat fon kepala lebih baru akan tiba di Malaysia. Mi In-ear Headphones Pro yang baru dilancarkan di China pada 11.11 yang lepas, akan mula dijual di Malaysia pada 10 Disember ini, dijualan krismas Mi Malaysia.

Piston v3 dikemaskini dengan rupa yang lebih ergonomik berbanding Piston v2.1, memberi keselesaan yang lebih kepada pengguna. Dengan kemunculan versi Pro ini, ia dikatakan lebih baik dari Piston v3, kerana menggunakan pemandu hibrid. Ia menggabungkan unit dinamik dan pemandu armature dua-hala.

Mi In-ear Headphones Pro - fon kepala kiri kanan dalam tangan

Perumahnya diperbuat dari besi dengan kemasan licin, yang diselaputi getah untuk lebih keselesaan di dalam telinga. Kabelnya dilindungi gentian Kevlar, yang disalut kain ‘braided sleeve’.

Mi In-ear Headphones Pro turut dilengkapi mikrofon yang terbina di dalam alat kawalan pemain muzik. Alat kawalan ini terletak di sebelah kanan fon kepala, dengan tiga butang kawalan memainkan muzik.

Mi In-ear Headphones Pro - dengan butang kawalan

Walaupun ia direka untuk menghasilkan bunyi lebih berkualiti, bungkusan Pro kelihatan agak mengecewakan. Berbanding Piston v3 yang datang dengan kotak simpanan yang menarik, versi Pro tidak memiliki sebarang kotak simpanan.

Bungkusan Mi In-ear Headphones Pro kelihatan sangat murah, sama seperti Mi In-ear Headphones Basic. Mungkin Xiaomi ingin menjimatkan kos penghasilan headphones yang lebih berkualiti, dengan mengorbankan kotak simpanan ini.

Mi In-ear Headphones Pro - bungkusan 01

Piston v3 dijual di Malaysia pada harga RM69. Manakala Piston v2.1 edisi kristal dengan bungkusan premium, berharga RM79. Untuk versi Pro yang baru ini, harganya tidak jauh berbeza. Mi In-ear Headphones Pro akan dijual di Malaysia, pada harga hanya RM79 sahaja.

Mi Malaysia telahpun mengumumkan, akan mula menjualnya pada jualan krismas ini, yang akan berlangsung pada 10 Disember 2015. Jika anda mahukan headphones berkualiti, Pro memang pilihan yang bagus. Jika mahukan bungkusan lebih cantik untuk dibuat hadiah, anda masih boleh mendapatkan Piston v3 atau Piston v2.1 edisi kristal.

Mi In-ear Headphones Pro - atas meja 4Mi In-ear Headphones Pro - dalam tanganMi In-ear Headphones Pro - fon kepala kiri kananMi In-ear Headphones Pro - dalam telingaMi In-ear Headphones Pro - bungkusan 03 direka 1more designMi In-ear Headphones Pro - bungkusan 02




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
Subscribe on