Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com
Akhirnya Hotlink memberi reaksi dalam perang harga prabayar di Malaysia. Maxis kini memperkenalkan prabayar baru yang diberi nama, Hotlink FAST. Ia menawarkan internet berkelajuan tinggi 4G LTE, yang konsisten dengan kelajuan 20Mbps(di dalam dan di luar, 80% setiap masa).
Hotlink FAST diperkenalkan untuk memenuhi permintaan golongan ‘Millennials’, yang memerlukan sambungan internet pantas sepanjang masa, di mana jua.
Dengan Hotlink FAST, pengguna boleh melanggan Pas Internet Pantas dengan kadar seperti berikut:
Jika diperhatikan dari jadual di atas, Maxis dilihat membezakan kuota di antara rangkaian 4G sahaja, dan kuota semua rangkaian. Ini bermakna, pengguna yang melanggan pas berharga RM30, boleh menggunakan internet 2G/3G terhad untuk 1GB sahaja, dengan 1GB lagi hanya untuk rangkaian 4G. Tetapi, rangkaian 4G boleh mempergunakan seluruh kuota berjumlah 2GB, jika pengguna tidak berhubung ke rangkaian 2G/3G.
Sedikit sebanyak, Pas Internet Pantas Hotlink FAST kelihatan kurang sesuai untuk pengguna di luar kawasan liputan 4G. Tetapi Maxis kelihatan yakin dengan liputan 4G miliknya, yang dikatakan memiliki 60% liputan di kawasan berpenduduk.
Selain dari langganan Pas Internet Pantas, pengguna Hotlink FAST juga boleh melanggan tambahan data internet, dengan bayaran RM12 untuk setiap 1GB.
Hotlink FAST menawarkan kadar panggilan dan SMS yang kompetitif melalui Activ10, dengan caj sebanyak 6 sen untuk setiap 30 saat, atau 12 sen seminit. SMS pula dicaj hanya 1 sen.
Untuk kadar biasa, Hotlink FAST mengenakan kadar panggilan 12sen setiap 30 saat, atau 24 sen seminit, dengan SMS 7 sen setiap satu. Kadar ini dikenakan sama rata ke semua rangkaian.
Bagi pelanggan baru, pek permulaan Hotlink FAST boleh dibeli pada harga RM15 yang datang dengan pra-muat kredit sebanyak RM5 dan pra-muat Internet berkelajuan tinggi sebanyak 300MB. Pek permulaan ini boleh didapati dari pengedar Hotlink atau Pusat Maxis yang terdekat.
Pelanggan sedia ada Hotlink yang ingin bertukar kepada pelan Hotlink FAST, boleh berbuat demikian melalui Aplikasi RED Hotlink. Pergi ke ‘My Account’ dan pilih ‘Change’ di sebelah ‘Rateplan’. Selain ini, pengguna juga boleh mendail *100*6*1# daripada telefon mudah alih untuk menukar pelan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink FAST, layari www.hotlink.com.my.


