Lebih Dari Satu Warna Redmi Note 3 Akan Mula Dijual Bulan Depan

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com

Mi Malaysia hari ini membuat pertemuan bersama media, untuk mengumumkan lebih lanjut tentang penjualan Redmi Note 3 di Malaysia. Awal bulan ini, Mi Malaysia telah memberitahu di dalam Facebook, bahawa Redmi Note 3 akan mula dijual di Malaysia bermula bulan April nanti.

Menurut Mi Malaysia, pengumuman tentang harga dan model Redmi Note 3 yang akan dijual di Malaysia, akan diumumkan pada hari Selasa, 29 Mac 2016 jam 12 tengahari di Facebook Mi Malaysia. Penjualan pula akan bermula awal bulan April.

Semasa pertemuan bersama media tadi, walaupun ia masih belum diputuskan, tetapi Malaysia akan menerima lebih dari satu warna Redmi Note 3. Untuk makluman, Redmi Note 3 ditawarkan dalam 3 warna iaitu Perak, Emas dan Kelabu.

Di India, kedua-dua model Redmi Note 3 dijual dengan harga Rs.9,999 (~RM602) untuk versi 2GB RAM & 16GB stora, serta Rs.11,999 (~RM723) untuk versi 3GB RAM & 32GB storan. Untuk perbandingan, Redmi Note 2 masih dijual di Malaysia pada harga RM649 bagi 2GB RAM & 16GB storan. Adakah Mi Malaysia boleh meletakkan harga yang sama seperti di India nanti?

Sedikit ringkasan, Redmi Note 3 dikuasakan CPU Snapdragon 650 6-teras. Ia adalah peranti Redmi pertama memiliki badan besi sepenuhnya beserta pengimbas capjari. Ia datang bersama dua slot kad sim 4G, tetapi berkongsi slot kedua dengan kad mikroSD. Sistem operasinya menggunakan MIUI 7, berasaskan Android 5.0 Lollipop.

Kamera belakang Redmi Note 3 menggunakan sensor 16MP F2.0 dengan dwi-tona LED Flash dan autofokus PDAF yang pantas. Kamera depan pula 5MP F2.0 berfokus tetap. Lebih menarik, baterinya berkapasiti 4,050mAh, lebih besar dari kebanyakan peranti dengan skrin 5.5-inci.

Jangan lupa untuk mengikuti pengumuman Mi Malaysia tentang harga Redmi Note 3 pada 29 Mac kelak. Lebih mudah, nantikan sahaja makluman dari TheSkop.




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on