Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com
Leagoo Malaysia tahun ini aktif memperkenalkan pelbagai telefon pintar baru mampu milik. Antaranya siri Elite seperti Elite 4, Elite 5 & Elite 1. Tidak lupa juga siri Alfa yang lebih mampu milik.
Untuk meneruskan lagi usaha mereka mencapai lebih ramai pembeli di Malaysia, Leagoo telah membuka stor konsep pertama mereka, di Plaza Lowyat, Kuala Lumpur.
Pelancaran stor konsep ini diadakan hari ini, dengan satu tawaran istimewa. Khas untuk 100 pembeli pertama di stor konsep ini, mereka boleh mendapatkan telefon pintar Leagoo, pada harga RM9.90 sahaja.
Stor konsep Leagoo ini akan menjadi pusat sehenti, yang bukan sahaja mempamerkan telefon pintar Leagoo, malah menjadi pusat servis selepas jualan. Pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai aksesori Leagoo di sini, seperti powerbank, casing, fon telinga, dan banyak lagi.
Pembukaan stor konsep ini adalah salah satu langkah utama Leagoo, untuk mencapai sasaran mereka menjadi jenama yang dikeali dan dipercayai ramai.
Leagoo turut mengumumkan, akan membuka ibu pejabat baru di Shah Alam pada Februari 2016 kelak. Ia turut akan beroperasi sebagai pusat servis sehenti, memberikan perkhidmatan profesional selepas jualan.
Kepada orang ramai yang berminat untuk melihat dan mencuba sendiri telefon pintar Leagoo, stor konsep mereka boleh dilawati di tingkat 1, Plaza Lowyat.



