Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com
Pelanggan Digi yang menggunakan peranti iOS, kini boleh menikmati servis stream lagu melalui Apple Music, tanpa dicaj kuota data. Digi Music Freedom, hari ini menyenaraikan Apple Music ke dalam senarai tanpa caj data. Hanya caj data percuma diberikan Digi, langganan Apple Music masih perlu dibayar sendiri oleh pengguna.
Apple Music yang memulakan servis sepenuhnya baru-baru ini, semakin mendapat tempat terutama kepada pengguna iPhone 6s yang juga baru dilancarkan di Malaysia. Lebih menarik lagi, Apple kali ini menawarkan Apple Music kepada pengguna Android jua.
Digi menawarkan servis Music Freedom kepada pengguna, yang tidak akan mengenakan sebarang caj data. Jadi, pengguna boleh menikmati strim lagu yang termasuk dalam senarai Digi Music Freedom, tanpa risaukan kehabisan kuota data.

Apple Music kini menyertai 21 lagi aplikasi strim lagu di dalam Digi Music Freedom. Aplikasi lain yang terdapat dalam senarai Digi Music Freedom adalah seperti Spotify, Deezer, TIDAL, JOOX dan MixRadio, memberikan pengguna Digi tiada caj data ditolak dari kuota bulanan.
Lebih banyak maklumat boleh didapati dengan melayari lamanweb Digi Music Freedom. Info tentang Apple Music pula boleh didapati di www.apple.com/music.
