Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com
Facebook baru-baru ini telah memaksa video yang dipaparkan di timeline, di mainkan secara automatik atau auto-play. Tetapan auto-play ini tidak terhad pada Desktop sahaja, tetapi termasuk aplikasi mudah alih di peranti.
Sedikit sebanyak, pasti ramai yang gusar tentang kuota data yang akan lebih banyak digunakan apabila video dimainkan secara automatik. Tidak pasti bagaimana hendak mematikan fungsi auto-play ini?
Ikut je langkah yang kami sediakan di bawah ini.
Untuk Facebook di Desktop
1. Di halaman Facebook, lihat ke tanda ‘V‘ yang terletak di sebelah ikon kunci, klik padanya dan ia akan memaparkan menu ke bawah.

2. Pilih Settings dari senarai menu ke bawah ini.
3. Di ruangan Settings ini, lihat pada senarai di sebelah kiri, dan pilih Videos di bawah sekali.

4. Tetapan Videos akan terpapar. Pada bahagian Auto-Play Videos, tekan butang Default untuk mendapatkan pilihan lain, dan pilih Off.
5. Tiada lagi movie dimainkan secara automatik. Lega tak?

Untuk Facebook di aplikasi mudahalih:

1. Buka aplikasi Facebook
2. Dari senarai ikon di atas, pilih ikon dengan tiga jalur yang terletak di kanan sekali
3. Tarik menu ke bahagian bawah sehingga sampai ke ruang HELP & SETTINGS. Pilih App Settings di bawahnya.

4. Di bawah ruang General, pilih Videos play automatically.
5. Menu tetapan akan terpapar. Pilih Off dengan memilih bulatan di kanannya.
6. Pastikan perkataan Videos play automatically, bertukar ke Off. Selamat dah kuota data anda [:)]
Selamat Mencuba!
