Kerajaan Selangor melancarkan semula Wifi Selangorku

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com

Berita baik untuk penduduk di Selangor. Semalam (Sept 22), Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah melancarkan program Wifi Selangorku. Ia menyediakan akses internet percuma, menerusi sambungan Wifi yang akan dipasang di seluruh negeri Selangor.

Pelancaran ini dibuat dalam satu majlis di SACC Mall, Shah Alam. Wifi Selangorku akan menyediakan 2,500 tapak internet hotspot di pelbagai tempat di seluruh negeri Selangor, menjelang hujung tahun ini.

Menurut EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan, sehingga tarikh pelancaran semalam, sudah terdapat 800 hotspot Wifi Selangorku yang aktif. Sebanyak 120 lagi lokasi akan ditambah sehingga hujung bulan ini. Selebihnya, akan disiapkan sebelum akhir tahun ini.

Program Wifi Selangorku percuma diadakan untuk merapatkan jurang digital di dalam negeri, terutama di kawasan yang sukar mendapat liputan internet. Lokasi Wifi Selangorku diletakkan di sekitar kawasan tumpuan pelajar, kawasan berpendapatan rendah, serta kawasan kampung dan tempat tumpuan pengunjung.

Wifi Selangorku menyediakan kelajuan internet minima 1Mbps untuk kawasan dengan sambungan optik fiber, dan maksima 1Mbps bagi kawasan jalur lebar ADSL atau rangkaian 3G/4G.

Pengguna boleh mengesan lokasi Wifi Selangorku, melalui simbol Wifi Selangorku yang ditampal di kawasan berkenaan. Untuk menggunakannya, aktifkan Wifi di peranti dan cari Wifi SSID ‘Wifi Selangorku’.

Jika ada yang berminat untuk memohon pemasangan Wifi Selangorku di tempat yang sesuai, bolehkah menghubungi Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) atau berjumpa pegawai dari Jabatan Sekretariat Teknologi Maklumat Selangor, sebelum 15 Oktober 2015.

Imej: The Malaysian Insider




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on