Jangan tak bayar pulak: 7-Eleven menawarkan khidmat pembayaran bil 24 jam

Kalau anda sering mengadu tak sempat nak bayar bil-bil bulanan kerana sibuk kerja dan balik rumah lewat malam, sekarang alasan itu dah lapuk: rangkaian kedai 7-Eleven di seluruh negara akan mula memperkenalkan perkhidmatan pembayaran bil 24 jam kepada pelaggan. 

Ibu Syarikat, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd mengumumkan perkhidmatan baru tersebut dalam satu kenyataan hari ini, yang kini memboleh pelanggan bayar bil U-Mobile, Astro, dan Telekom Malaysia di cawangan 7-Eleven. 

Perkhidmatan baru ini hasil kerjasama 7-Eleven dan MOL, di mana kedua-dua pihak merupakan anak syarikat Berjaya Group. MOL hingga kini menyediakan perkhidmatan pelanggan 7-Eleven mengisi kredit praayar telefon bimbit, kredit Touch ‘n Go dan membayar untuk pembelian online melalui MOLPay. 

“Sistem pembayaran bil MOL di cawangan 7-Eleven memboolehkan pelanggan kami yang tidak mempunyai akses ke perbankan atas talian atau hubungan Internet untuk membayar bil mereka. Ia juga memberi peluang membayar bil untuk mereka yang tidak mempunyai atau tidak ingin menggunakan kad kredit atau kad debit di mana-mana antara 1,800 cawangan 7-Eleven di seluruh negara,” menurut kenyataan tersebut, yang dipetik The Rakyat Post

Untuk memudahkan lagi proses pembayaran, Terminal Tambahnilai MOL di kaunter 7-Eleven akan menggunakan teknologi “barcode scanning”, di mana jumlah bayaran untuk bil-bil akan dipantau secara dgital dari bil itu sendiri dan jumlahnya dibayar secara tunai di kaunter. 

CEO 7-Eleven Malaysia, Gary Brown menambah, “Perkhidmatan ini merupakan suatu lagi kemudahan bagi 900,000 pelanggan kami yang mengunjungi 7-Eleven setiap hari, selain dari khidmat WiFi percuma dan tempat duduk selesa.”

Lain kali kalau dah nak ke 7-Eleven tu, jangan la setakat beli rokok je. Bayar la bil sekali. Tenteram sikit hidup, ye tak?

 

Know about something happening in KL and Malaysia? Want to share? Send us an email:kl@coconuts.co – don’t just read the news, make it!



Reader Interactions

Leave A Reply


BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
Subscribe on