Jangan pening cari tempat makan, Zomato kan ada

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com

Keluar beramai-ramai dengan rakan, kemudian masuk waktu makan, tak tahu pula ke mana? Jika hilang arah tuju, mungkin Zomato boleh membantu.

Zomato adalah aplikasi mudahalih, yang mencari dan memberi cadangan restoran dan tempat makan berhampiran anda. Ia berasal dari New Delhi, India dan kini telah berkembang 22 negara termasuk di Asia Tenggara.

Zomato telah berada d Filipina sejak 2 tahun lepas, dan kini ia mengumumkan ketibaannya di Malaysia. Pengguna Zomato di Malaysia kini boleh mula mencari tempat makan, dari 12,000 restoran yang berada di Kuala Lumpur, Petaling Jaya & Subang Jaya.

Terdapat pelbagai kategori pencarian boleh dibuat seperti sarapan, makan tengahari, makan malam atau tempat minum sahaja. Ia turut mempunyai kategori makanan seperti makanan laut, nasi lemak, atau daun pisang.

Zomato boleh digunakan di pelayar biasa di alamat www.zomato.com, ataupun melalui aplikasi mudahalih yang boleh dimuat turun di Apple Appstore, Google Playstore atau Windows Store.

Selain mencari tempat makan, Zomato juga menawarkan servis untuk perniagan seperti sistem pesanan dalam talian, tempahan meja, platform whitelabel dan sistem jualan Point-of-sale.
 




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on