Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com
Berita baik untuk pengguna Uber, tetapi untuk sekitar KLCC sahaja. Uber kini melancarkan Uber KLCC Xpress, pengangkutan pantas di sekitar KLCC, dengan harga tetap RM5 sahaja. Pergilah ke mana sahaja di sekitar KLCC, berapa banyak kali yang anda mahu. Hanya bayar RM5 untuk setiap perjalanan.
Tetapi penggunaan Uber KLCC Xpress mempunyai waktu dan hari yang terhad. Ia hanya disediakan hanya dari hari Isnin hingga Khamis, dari jam 4 petang ke 8 malam sahaja. Bermakna, 4 hari dalam seminggu, dan 4 jam dalam hari tersebut. Promosi ini juga akan tamat pada 21 Januari 2016, 8 hari dari hari ini.
Lebih mudah lagi, tiada kod promosi diperlukan untuk Uber KLCC Xpress ini. Tetapi, pengguna perlu memilih ikon KLCC Xpress apabila mahu menggunakannya.

Caranya, ikon khas KLCC Xpress akan terpapar pada jam 4 petang ke 8 malam, dari hari Isnin hingga Khamis. Pada waktu ini, pilih ikon KLCC Xpress untuk membuat tempahan, dan tetapkan lokasi tujuan.
Pastikan kedudukan anda dan lokasi tujuan, berada dalam kawasan seperti di dalam peta di bawah ini. Jika tidak, tambang anda akan dikira mengikut kadar biasa uberX.
Menurut lamanweb Uber, terdapat polisi penggunaan saksama (Fair Usage Policy) berkuatkuasa. Ini mungkin untuk mengelakkan salahguna promosi ini. Jika anda di sekitar KLCC, jangan lupa menggunakan perkhidmatan Uber KLCC Xpress. RM5 sahaja untuk setiap perjalanan.
Oh, seperkara lagi. Uber kini memberikan diskaun 20% untuk pengguna di sekitar Shah Alam. Hanya masukkan kod promosi ‘SHAHALAMMOVE‘ dan 3 perjalanan seterusnya di sekitar Shah Alam, akan mendapat diskaun 20%. Tawaran ini sah sehingga, 24 Januari 2016.
