Artikel ini dipetik dari TheSkop.com
Sebelum iPad Pro keluar di Malaysia, pengguna di negara ini berpeluang dulu memperoleh iPad mini 4 yang sudah dijual secara rasmi dengan harga bermula RM1,599.
iPad mini 4 kali ini mempunyai satu warna tambahan iaitu emas selain perak dan kelabu sedia ada. Kapasiti ditawarkan ialah 16GB, 64GB dan 128GB.
Kesemua versi kapasiti tersebut ditawarkan sama ada dengan wifi atau wifi+selular.
Harga iPad mini 4 (wifi saja) secara rasmi seperti berikut:
16GB: RM1,599
64GB: RM1,999
128GB: RM2,399
Manakala harga bagi iPad mini 4 (wifi+selular) seperti berikut:
16GB: RM2,099
64GB: RM2,499
128GB: RM2,899
Menariknya, jika anda membelinya di stor rasmi Apple, syarikat tersebut menjamin penghantaran dalam masa satu hari bergantung kepada lokasi anda.
iPad mini 4 mempunyai skrin bersaiz 7.9 inci dengan cip prosesor A8 bersama kamera 8MP di belakang dan 1.2MP di depan.
