Artikel ini dipetik dari rakan kami TheSkop.com
Tidak dapat dinafikan, U Mobile kini adalah syarikat penyedia rangkaian telekomunikasi (telko) paling aktif menawarkan promosi menarik dan hebat di Malaysia. Hari ini, mereka terus mengungguli penawaran ini dengan pengenalan prabayar Power, yang menawarkan internet berkelajuan tinggi percuma, sepanjang hayat.
Ketika telko lain memberi internet tanpa had dengan kelajuan perlahan, prabayar Power U Mobile memberikan internet berkelajuan tinggi sepanjang hayat. Dengan syarat, tambah nilai minima RM10 dalam masa 30 hari dan pengguna menerima 1GB internet berkelajuan tinggi untuk kegunaan 30 hari.
Pek permulaan prabayar U Mobile bernilai RM8.50 (termasuk GST) memberikan kredit RM5, dan internet berkelajuan tinggi 200MB serta 150 minit panggilan percuma selama 10 hari, selepas pek permulaan diaktifkan. Untuk pengguna prabayar U Mobile sedia ada, mereka boleh bertukar ke pelan Power ini, dengan caj pertukaran RM3.
Berbeza dengan tambah nilai pelan prabayar U Mobile yang lain, pelan Power memberikan masa aktif yang sama dengan nilai tambah. RM10 memberikan masa aktif 10 hari dan RM30 memberi 30 hari masa aktif.

Kadar panggilan untuk pelan Power ini dikenakan 5 sen setiap 30 saat, serta 8 sen setiap SMS, ke semua rangkaian. Sebagai bonus tambahan, pengguna prabayar Power menikmati 15 minit panggilan percuma ke U Mobile setiap hari, 450 minit setiap bulan.
Pengguna prabayar Power juga akan dapat menggunakan semua tawaran U Mobile sedia ada seperti perayauan internet percuma, strim Youtube & Tonton percuma, strim muzik percuma dan banyak lagi tawaran hebat lain.
Segera dapatkan pek permulaan U Mobile yang boleh didapati dengan mudah di 7-Eleven, Giant Hypermarket dan pengedar sah U Mobile di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari lamanwww.u.com.my
