Harga Tablet Apple iPad Pro diumum dalam Ringgit Malaysia

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com 
 

Seperti yang diumumkan sebelum ini, tablet terbaru Apple hari ni muncul di Apple Store Malaysia.‎ Tablet iPad pro menampilkan skrin terbesar pernah dihasilkan Apple, berukuran 12.9-inci dengan resolusi 2732×2048 serta kepadatan piksel, 264 ppi‎.

Harga untuk iPad pro serta aksesorinya dalam Ringgit Malaysia termasuk GST, adalah seperti berikut:

  • iPad Pro 32GB WiFi – RM3,599
  • iPad Pro 128GB WiFi – RM4,299
  • iPad Pro 128GB WiFi + Cellular – RM4,899
  • Apple Pencil – RM429
  • iPad Pro Smart Keyboard – RM799
  • iPad Pro Smart Cover – RM279
  • iPad Pro Silicon Case – RM379

Semua produk ini telah mula dijual dalam talian, di lamanweb Apple Store Malaysia. Tempahan seawal hari ini, akan mula dihantar pada 17 November 2015. Dalam kenyataan Apple sebelum ini, pengedar sah Apple akan mula menjual iPad Pro menjelang hujung minggu ini, bagi mereka yang lebih gemar mendapatkannya secara fizikal.

Terdapat tiga pilihan warna iPad Pro: Perak, Emas dan Kelabu Angkasa.

Ipad Pro tricolour (TheSkop.com)

 

iPad Pro adalah tablet terbaru dan terbesar dikeluarkan Apple. Ia mempunyai skrin 12.9-inci dengan paparan Retina terbaik pernah dihasilkan, beresolusi 2732×2048. iPad Pro datang bersama bateri yang dikatakan mampu bertahan sehingga 10 jam, untuk melayari internet melalui WiFi.

Di dalam, ia dikuasakan CPU Apple A9X, generasi ke-3 64-bit. CPU ini 2.5x lebih pantas dari CPU A7, serta 5x grafik lebih pantas. Ia memiliki kamera iSight 8MP F2.4 di belakang dengan autofokus, dan kamera FaceTimeHD 1.2MP di depan.

Apple mengatakan iPad Pro dengan aksesori tambahan, Apple Pencil dan Smart Keyboard mampu membuatkan pengguna meninggalkan komputer. Ini adalah perkara yang sama disebut oleh Microsoft Surface sejak pertama kali diperkenalkan.

Aksesori iPad Pro (TheSkop.com)

Apple Pencil mempunyai respon setinggi 240 kali sesaat, menjadikannya hampir tiada lengah masa. Ia bukan sahaja melakar dan menulis di atas skrin, malah boleh digunakan membuat kesan strok yang penting buat pelukis, untuk menjadikan lakaran lebih realistik.

Untuk menjadikan iPad Pro kepada komputer yang berfungsi dengan papankekunci fizikal, tambahan Smart keyboard diperlukan. Ini menjadikan kos minima mendapatkan ‘komputer’ iPad Pro adalah RM4,398 bersama model iPad Pro Wifi 32GB.

Sebagai perbandingan, MacBook Air 11-inci berharga RM4,099, manakala MacBook Air 13-inci RM4,549. Ataupun pesaing utamanya, Microsoft Surface Pro 4 terbaru berharga RM4,528, untuk model Core M3, 4GB RAM, 128GB storan dalaman dan juga papankekunci Type Cover.

Masihkah anda inginkan iPad Pro bersama papankekunci fizikal? Jika ya, bolehlah lawati laman jualan iPad Pro di Apple Store Malaysia

 



Reader Interactions

Leave A Reply


BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
Subscribe on