Harga gajet di Malaysia naik, semua salah…

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com

Asus Zenpad
Malaysia mula terasa tempias kenaikan harga dolar Amerika Syarikat apabila beberapa harga gajet mula naik berikutan syarikat pengeluar mahu mengawal kadar kos operasi dan keuntungan.

Misalnya ASUS, ketika ZenPad mula-mula diperkenalkan ia dipertontonkan dengan harga RM499 namun kini harganya adalah RM529 tidak sampai tiga minggu.

Asus

Ia kesan kenaikan dolar berbanding Ringgit Malaysia yang diakui sendiri penganalisis IDC Asia Pasifik, Jensen Ooi. “Ya, harga dijangka akan naik bukan pada satu atau dua vendor tapi kebanyakannya disebabkan mereka perlu mengawal keuntungan.”

“Sekarang ini mungkin satu atau dua vendor saja yang berbuat demikian tapi saya yakin dalam tempoh terdekat ramai lagi berbuat demikian.”

Peningkatan harga itu mungkin akan berlaku sekitar 5% hingga 10% memandangkan kadar kos dan untung tidak begitu tinggi di kalangan pengeluar gajet.

Kenaikan harga gajet ini isu yang kedua berlaku setelah kerajaan memperkenalkan cukai GST 6% sebelum ini yang dikenakan kepada pembeli gajet.




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on