Hampir 12,000 pengunjung ke Zoo Negara sejak Hari Raya Pertama

Setelah Syawal menjelma dan sanak saudara bermaaf-maafan di pagi Raya, selepas lemang dan rendang sudah puas dijamah … apa lagi, ke Zoo Negara la kita. 

Itu mungkin penyebab bilangan pengunjung yang ramai ke Zoo Negara, yang mencatat hampir 12,000 pelawat dalam masa tiga hari sejak Hari Raya Pertama, Jumaat lepas. 

Timbalan pengarah Persatuan Zoologi Malaysia, yang ditugaskan mentadbir Zoo Negara di Hulu Kelang, Selangor, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana, menyatakan hampir 40% dari jumlah pengunjung itu merupakan dari golongan pelancong. 

Beliau juga memberitahu Bernama bahawa pihak pengurusan Zoo Negara mengaturkan acara dan aktiviti khas untuk pengunjung semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Deepavali, dan Tahun Baru Cina. 

Ramai juga pengunjung yang membawa ahli keluarga mereka untuk melihat penghuni terbaru Zoo Negara: Xing Xing dan Liang Liang, pasangan panda yang dipindahkan ke Zoo Negara dari China tahun lepas. 

Tahun depan, kalau dah tak ada rancangan lain selepas mengunjungi rumah terbuka, ingatlah: Zoo Negara ada. 




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on