Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com
Bagi membantu muslim di seluruh dunia meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, Google melancarkan laman khas Ramadhan yang dipanggil ‘My Ramadhan Companion‘, ataupun dalam bahasa Melayu, ia dikenali sebagai laman ‘Teman Ramadan Saya‘. Laman khas ini boleh diakses melalui pautan https://ramadan.withgoogle.com
Laman khas ‘Teman Ramadan Saya‘ ini adalah tempat setempat yang mengumpulkan segala perkara menarik berkaitan bulan Ramadhan, yang berlaku di sekitar lokasi pengguna. Ia dibahagikan kepada tiga kategori selain paparan utama, iaitu Makanan, Hiburan dan Rancang.

Untuk mendapatkan kandungan berbahasa Melayu, pergi ke bahagian menu dengan menekan ikon 3 garisan di penjuru atas kiri. Kemudian tukar bahasa dari English ke Bahasa Melayu.
Laman ‘Teman Ramadan Saya‘ menampilkan antaramuka seakan kad Google Now. Pengguna akan dihidangkan dengan pelbagai perkara berkaitan Ramadan seperti video siaran langsung dari Masjidil Haram, aplikasi berguna, Pasar Ramadhan berhampiran, Resepi berbuka waktu imsak & waktu berbuka serta macam-macam lagi.
Jangan lupa untuk layari laman ‘Teman Ramadan Saya‘ bersama Google untuk pelbagai kandungan pantas berkaitan Ramadhan.
