Digi CyberSAFE perkasa pihak berkuasa tangani isu keselamatan kanak-kanak dalam talian

Artikel ini dipetik dari rakan kami dari TheSkop.com

Digi Telecommunication Sdn Bhd (Digi) dengan kerjasama kumpulan ‘Protect & Save the Children’ (PS the Children) dan disokong oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah mengadakan program pembangunan, Latihan Keselamatan Kanak-Kanak Dalam Talian untuk Polis & Pelindung Kanak-Kanak.

Latihan ini dihadiri oleh pegawai dari PDRM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Peguam Negara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Latihan yang diadakan di ibupejabat Digi D’House, dijalankan oleh Dr Sangeet Bhullar, pengasas dan Pengarah Esekutif Wise Kids United Kingdom dan diadakan bertujuan memperkasa kefahaman penguasa tempatan di samping mengukuhkan hubungan untuk bekerjasama mengatasi isu yang kian meningkat tentang keselamatan dalam talian.

Beliau turut berkongsi beberapa perkara tentang trend terkini, risiko dan amalan terbaik dan penyelesaian global yang direka untuk kanak-kanak, belia dan keluarga dalam mempromosi penggunaan servis dalam talian dengan selamat.

CyberSafe in Schools by DiGi

Kanak-kanak yang mudah terdedah kepada serangan d luar talian, juga mudah diserang dalam talian. Selari dengan usaha Digi CyberSAFE, adalah penting untuk mendidik dewasa agar tahu untuk bertindak dengan isu yang timbul dan membuat laporan. Kerana itu, program pencegahan yang efektif dan mampan akan memberi kesan yang baik.

Tidak lagi disembunyikan dan ia meningkatkan laporan tentang isu keselamatan kanak-kanak dalam talian.

Maklumat lanjut tentang Digi CyberSAFE, boleh didapati di lamanweb www.digi.com/digicybersafe




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
Subscribe on