CEO Maxis hantar notis bercuti kepada semua kakitangan

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com
 

“Datang kerja seperti biasa, dengan pakaian yang santai, bersama pasport dan beg yang dipenuhi pakaian untuk pergi bercuti di pantai”

Ini ialah notis yang diterima oleh pekerja Maxis, untuk mereka lakukan pada hari Khamis, 17 Disember yang lepas. CEO Maxis, Morten Lundal membuat pengumuman ini yang dihantar kepada semua pekerja Maxis.

Pada pagi hari Khamis tersebut, Morten muncul di luar KLCC bersama tujuh kotak yang berisi nama semua kakitangan Maxis di seluruh negara. Kakitangan Maxis dari Menara Maxis yang berkumpul bersama, bersorak penuh girang apabila Morten mencabut nama-nama secara rawak, dari dalam kotak tersebut.

Nama-nama yang dicabut Morten ini, dipilih sebagai pemenang untuk perjalanan yang ditanggung sepenuhnya, untuk dua orang ke Bali. Terdapat 13 pemenang bertuah, yang dicabut namanya oleh Morten sendiri. Bagi kakitangan di luar KLCC, Morten membuat panggilan terus, untuk mengumumkan betapa bertuahnya mereka hari itu.

kakitangan Maxis yang bertuah bercuti ke Bali bersama Morten Lundal

Pemenang cabutan bertuah ini, menikmati percutian selama 3 hari 2 malam, di sebuah resort mewah di Bali. Mereka yang terpilih ini, terus ke lapangan terbang bersama rakan yang mereka pilih.

Morten menyatakan, cabutan bertuah ini membuatkan semua orang mempunyai peluang yang sama untuk menang. Ini juga salah satu cara untuk merealisasikan impian kepada kenyataan. Lebih banyak lagi kejutan akan dilakukannya pada masa depan.

semua kakitangan Maxis yang bertuah bercuti ke Bali di lapangan terbang

Apa agaknya perasaan anda, kalau dapat notis macam ni daripada bos? Adakah anda akan buat tak tahu, atau bersiap sedia dan berharap perkara yang menarik akan berlaku?

Harap-harap, Mind Blow pun boleh buat begini. Tapi beri terus kepada semua pekerja adalah lebih baik, kurang sikit debaran dan tekanan darah tinggi  




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on