Berlindung sebalik konsep perubatan Islam, seorang pemuda di Petaling Jaya didakwa meraba tubuh pesakit wanitanya sambil membaca ayat suci al-Qur’an.
Suspek yang berumur 24 tahun itu ditahan polis setelah PDRM menerima aduan dari salah seorang daripada mangsanya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli memberitahu Kalidevi Mogan Kumarappa dari Harian Metro bahawa mangsa yang membuat aduan terhadap suspek merupakan seorang ekeskutif wanita berumur sekitar 20-an, yang mendekati “bomoh” tersebut untuk merawat “gangguan makhluk halus” yang dialaminya.
Mangsa mendakwa bahawa pada 11 pagi, 23 Mei lalu, beliau dan ibu dan rakannya menjemput suspek ke rumahnya untuk memberi rawatan kepadanya.
“Suspek mendakwa mempunyai kemahiran mengubati pesakit sejak dia berusia 17 tahun lagi.
“Selepas menyediakan barang diperlukan, suspek menyuruh mangsa berbaring sebelum memulakan kaedah perubatan yang didakwa dipelajari daripada pakciknya,” katanya.
Walaupun sesi rawatan pada pagi itu bermula secara normal, mangsa dan ibunya mula merasa cemas apabila suspek bertindak untuk meraba payudara dan kemaluan mangsa sambil membaca ayat al-Qur’an.
Menurut laman Facebook PDRM, suspek ditahan reman di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan:
