Apple diarah buka pintu belakang iPhone

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com 

Awal pagi ini, dunia dikejutkan dengan satu mesej penting yang terpapar di lamanweb Apple. Ia bertajuk ‘A Message to Our Customer‘, bermaksud mesej untuk pelanggan kami. Apakah yang penting di dalamnya?

Dalam mesej ini, Apple ingin memberitahu penggunanya di seluruh dunia, tentang satu ancaman yang datang dari tanah kelahiran Apple sendiri, iaitu Amerika Syarikat. Federal Bureau of Investigation (FBI), sebuah badan penguatkuasa di Amerika, telah meminta Apple untuk membuat satu pintu belakang kepada sistem operasi iOS.

Melalui pintu belakang ini, semua sistem keselamatan di iOS akan dipintas untuk memberi akses penuh kepada iPhone tersebut. Ini bermakna, tiada lagi perlindungan peribadi kepada pengguna iOS jika ia dilaksanakan.

Apple diminta berbuat demikian berdasarkan kes pengganas yang terjadi di San Bernardino pada Disember tahun lepas. Penjenayah dikatakan memiliki iPhone, yang digunakan sebagai medium perhubungan. FBI meminta pintu belakang ini dibuat ke dalam kemaskini terbaru iOS, agar semua maklumat di dalamnya boleh diperolehi.

Tim Cook, CEO Apple merasakan tindakan ini bukan akan digunakan sekali ini, kerana ia akan membuka ruang kepada lebih banyak permintaan di masa akan datang. Menurutnya, perkara ini melanggar privasi dan sistem keselamatan yang dibina Apple ke dalam iOS, dan mempunyai kemungkinan akan disalahgunakan di masa akan datang.

Apa pendapat anda tentang masalah ini? Adakah Apple harus menurut permintaan FBI? Bagaimana jika kerajaan Malaysia turut sama meminta akses kepada pintu belakang iPhone sebegini?

Baca mesej penuh Tim Cook tentang permintaan FBI ini di sini.




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on