Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com
Google Malaysia hari ini mengeluarkan, katakunci carian terbanyak dilakukan rakyat Malaysia. Ia memaparkan pelbagai acara utama, berita viral dan trend terhangat berdasarkan carian yang dilakukan di enjin carian Google Malaysia, www.google.com.my.
Untuk pencarian am, senarai Carian Trending 2015 adalah:
- HRMIS 2.0
- BRIM 2015
- How-Old.net
- Maharaja Lawak Mega
- Fast & Furios 7
- Hati Perempuan
- 1 USD to MYR
- Whatsapp Web
- GST
- Bersih 4.0
HRMIS 2.0 adalah portal sumber dalam talian yang digunakan penjawat awam. Bagi BRIM 2015, untuk mereka yang mahu memohon program bantuan ini. How-old.net adalah laman yang meneka umur seseorang. Maharaja Lawak Mega menjadi rancangan TV carian ramai, mengatasi Fast & Furios 7.
Selain ini, drama tempatan Hati Perempuan juga menarik perhatian ramai. Seterusnya, kadar tukaran matawang asing yang kian merudum, menyaksikan banyak carian ‘1 USD to MYR’. Whatsapp Web dicari ramai kerana ia boleh digunakan iOS kini. Seterusnya, cukai kontroversi GST menjadi tumpuan, diikuti perhimpunan tiga hari Bersih 4.0 di tempat ke-10.
Bagi individu pula, personaliti yang paling dicari ramai 2015 ialah:
- Lee Kuan Yew
- Paul Walker
- Najib Razak
- Mia Ahmad
- Kevin Morais
- Farah Ann Abdul Hadi
- Diana Danielle
- Caitlyn Jenner
- Alecandra Daddario
- John Cena.

