2016: Teknologi atau inovasi apa yang bakal berlaku?

Teknologi sentiasa merubah cara manusia bekerja dan evolusi teknologi berlaku setiap tahun. Dari Januari hingga Disember akan ada saja perubahan teknologi yang ada antaranya tak pernah dibayangkan akal manusia.

Kami bawakan ‘trend prediction’ tahun ini dengan beberapa kejutan yang dijangka melopongkan mulut pengguna terutama di Malaysia.

 

Tablet atau laptop

Surface Pro 4

Jenama Surface yang dipopularkan Microsoft terus mencuri tumpuan apabila ia ternyata memudahkan kerja dan sangatlah mobiliti. Ia adalah tablet hibrid yang boleh dicabut atau dicantumkan dengan papan kekunci.

Spesifikasi lengkap dengan cip Intel dan sistem operasi Windows itu sendiri memudahkan pengguna menyesuaikannya dengan kerja harian yang rata-rata sudah biasa bekerja dengan Windows sendiri menggunakan Word, Excel, Powerpoint dan sebagainya. Kalau dulu, spesifikasi tersebut belum cukup untuk menjadikan tablet mudah guna seperti laptop.

Ditambah sekarang, Apple pun membuka langkah sama dengan iPad Pro yang juga boleh menggantikan Macbook Air jika mahu.

 

Perkakas elektronik dengan Internet

Mesin basuh, ketuhar, periuk nasi, pembakar roti, penghawa dingin dan banyak lagi perkakas lain biasanya sekadar barang elektronik. Penggunaannya pula meskipun ada yang automatik masih bersifat hubungan satu hala.

Kini, kesemua mesin tersebut boleh dihubungkan dengan internet yang membolehkannya dihubungkan ke peranti lain. Misalnya mesin basuh boleh disambung sekali dengan internet, terima kasih kepada Internet of Things yang memudahkanb segalanya.

Dengan kemudahan tersebut, kita boleh berhubung dengan periuk nasi misalnya secara internet untuk menentukan bila perlu nasi dimasak atau jika menggunakan mesin basuh, anda boleh gunakan saja aplikasi untuk mencuci pakaian.

 

Cortana

Cortana

Pada tahun 2015 , Cortana diperkenalkan Microsoft bagi menjadi sensor berasaskan suara hadir untuk Windows 10 sama seperti Siri dan Google Now yang mula masuk dalam kereta dan TV. 

Ia bermakna, tahun ini pula alat bantuan suara akan lebih meluas penggunaanya seperti Dino dengan CogniToys di mana mainan yang menggunakan Watson IBM untuk membantu menjawab soalan-soalan.

Dunia kini menghasilkan kepintaran dengan menyaksikan objek seakan-akan hidup yang membolehkannya berkomunikasi dengan sistem rangkaian.

 

Hoverboard

Hoverboard

Alat pengangkut peribadi pintar seperti `hoverboard, mini wheels, basikal serta skuter elektrik dan segway mini’ pula terus menjadi trend di Malaysia terutama apabila munculnya hoverboard yang dijual murah.

Sekarang pun, hoverboard seperti ini mampu diperoleh pada harga sekitar RM1,000 hingga RM2,000 saja.

Tahap kepopularannya bertambah sehinggakan syarikat penerbangan seperti AirAsia dan Malindo Air pun melarang ia didaftar masuk dan dibawa ke dalam semua penerbangan syarikat terbabit.

 

Telefon dengan RAM 5GB

Zenfone

Tahun lepas, ASUS berbangga apabila menjadi pengeluar telefon pertama yang memperkenalkan RAM telefon sebanyak 4GB.

Hasil daripada itu, beberapa pengeluar lain turut mengikut langkah sama dan menjadikan telefon pintar lebih pantas. Untuk pengetahuan, RAM tersebut sudah melampaui kelajuan bagi sebuah netbook yang terhasil tiga atau empat tahun lepas.

Tahun ini, dijangkakan ia akan maju setapak lagi dengan pengeluaran telefon dengan RAM sebanyak 5GB. Apa yang boleh dilakukan dengan RAM sebanyak ini pastinya tertumpu kepada operasi grafik dan kelancaran telefon itu sendiri. Secara tidak langsung, masalah lag takkan berlaku dengan gabungan kuasa prosesor yang hebat.

 

Harga gajet akan naik?

Ia agak sukar berlaku memandangkan kepada syarikat pengeluar akan sedaya upaya menghabiskan stok dan produk memandangkan tahun ini mungkin agak perlahan disebabkan ekonomi semasa.

Jika anda sudah menyimpan duit sejak tahun  lepas untuk membeli gajet, tahun ini adalah masanya untuk mendapatkannya. 

Mungkin anda boleh cuba membeli gajet yang dilancarkan pada suku terakhir 2015 dan harganya kini mungkin sudah berkurangan.




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on