Vuclip bentang trend tontonan video Malaysia Tahun 2015

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com

 

Apakah yang paling suka ditonton oleh rakyat Malaysia? Vuclip, salah satu penyedia ‘video-on-demand’ (VOD) mudahalih, mempamerkan laporan mereka tentang kajian tontonan video seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Ketibaan Netflix minggu lepas, serta kelahiran iflix hampir setahun yang lalu, meningkatkan minat penonton di Malaysia, untuk mendapatkan kandungan melalui servis penstriman video ini. Malah, penyedia TV Satelit dan IPTV Malaysia seperti Astro dan HyppTV, turut sama menyediakan servis penstriman video.

Vuclip membuat kajian ini, dengan mengumpulkan 4,600 responden dalam talian, dari 10 negara. Di Malaysia, sebanyak 500 responden terlibat, berumur antara 18-35 tahun dan menggunakan telefon pintar. Negara lain yang terlibat adalah India, Thailand, Emiriah Arab Bersatu, Filipina, Indonesia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura dan Australia.

Dalam laporan tersebut, rakyat Malaysia menyenaraikan tujuh fungsi yang mesti ada dalam servis ini:

61% mahukan antaramuka yang lancar

58% mahukan tontonan tanpa tersangkut

56% mahukan video berdefinisi tinggi

54% mahukan tayangan terkini

47% mahukan kebebasan memilih kualiti penstriman

46% mahukan fungsi muat turun

45% mahukan fungsi muat turun pelbagai video dalam masa yang sama

Dari senarai di atas, dapat dilihat penonton di Malaysia mahukan kualiti paling utama bukan pada video, tetapi servis yang disediakan. Penggunaan antaramuka yang lancar dan mudah, serta tiada gangguan video tersangkut semasa menonton, adalah perkara paling penting.

Bagi penggunaan perkakas tontonan, sebanyak 45% gemar menonton terus di komputer seperti laptop, diikuti 23% menontonnya di telefon pintar, 23% di televisyen dan 9% lagi menontonnya di tablet. Dari keseluruhan kajian ini, lebih separuh menonton video di komputer atau laptop setiap hari.

Untuk tontonan pendek kurang dari 10minit, telefon pintar menjadi pilihan utama. Manakala TV dan laptop sering digunakan jika video berdurasi lebih dari 10 minit.

Aplikasi Vuclip di Android

Sebanyak 82% responden menyatakan mereka pernah memuat turun video. 62% memuat turun terus dari lamanweb kegeamran, dengan 44% mendapatkannya menerusi torrent. Hanya 15% membeli video dalam talian.

Sambungan Wifi menjadi pilihan utama penonton sebanyak 43%, diikuti rangkaian 3G sebanyak 32% dan rangkaian 4G sebanyak 22%. Dari sini, 56% menyatakan masalah muat turun perlahan atau tersangkut menjadi perhatian utama. 56% juga memilih masalah penggunaan data yang banyak serta 47% memilih masalah jangka hayat bateri, yang perlu diberi perhatian.

Kadar tembusan langganan telefon pintar dijangka meningkat 100% pada tahun 2018. Di Asia tenggara sahaja, dijangka pengguna data bulanan pengguna aktif meniginkat dari purata 1.2GB pada tahun 2015, kepada 9GB pada tahun 2021.

Kadar tontonan mudahalih penduduk Malaysia dilihat mengingkat mendadak, dengan kebanyakaan trafik datang dari luar negara. Ia adalah satu peluang kepada industri kandungan video dalam negara, terutama sekali tontonan video mudahalih.




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on