Netflix dah bosan dengan VPN dan Proksi

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com

 

Jika anda telah mencuba Netflix yang baru je terbuka langganannya untuk Malaysia, mungkin anda sedikit kecewa melihat kandungan pusatakanya yang tidak segah seperti diwar-warkan. Ini kerana Netflix terpaksa mengehadkan kandungan, kerana isu perlesenan di Malaysia.

Bukan bermakna Netflix tidak membayar lesen, tetapi ada penyedia kandungan lain yang telahpun mendapatkan hak penyiaran kandungan tersebut, sebelum Netflix sampai ke Malaysia. Bagi pengguna tegar, ini bukan masalah besar. Dengan bantuan VPN atau servis proksi, kandungan yang disekat tadi boleh ditonton sepenuhnya di Netflix. Tetapi, ia mungkin akan berakhir.

Netflix dilaporkan sudah bosan dengan penggunaan VPN dan proksi yang mengatasi sekatan geografi ini. Untuk itu, Netflix akan turut menggunakan cara yang sering digunakan syarikat lain, bagi menghalang aktiviti terlarang ini dari berleluasa.

Ini bermakna, jika anda ada menggunakan servis VPN, proksi atau ‘unblocker’ untuk menonton kandungan Netflix yang terhalang, anda tidak akan boleh lagi menontonnya kelak. Jadi, jangan terkejut nanti jika rancangan yang sudah anda tanda untuk ditonton, hilang dari senarai.

Tetapi jika anda pengguna biasa Netflix, perkara ini tidak akan menjejaskan tontonan anda. Jangan lupa, terdapat banyak lagi servis penstriman video lain seperti Netflix di Malaysia. Contohnya iflix yang dah setahun bertapak di Malaysia.




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on