Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com
Bulan lepas, TM memberikan langganan iflix selama 12 bulan, percuma kepada semua penggunanya. Kali ini, Digi pula mengumumkan perkara yang sama. Langganan 12 bulan iflix percuma untuk pengguna Digi, tetapi hanya untuk pelanggan pascabayar SmartPlan 65 dan ke atas sahaja.
Menurut Digi, tawaran ini terhad, siapa cepat dia dapat. Tetapi tidak pula dinyatakan berapakah hadnya.

Pengguna yang mahu mendapatkan iflix percuma ini, perlu memuat turun aplikasi iflix ke dalam peranti, menggunakan rangkaian Digi. Tiada sambungan Wifi atau VPN, tetapi perlu rangkaian Digi. Kemudian, lancarkan aplikasi iflix dan secara automatik, langganan 12 bulan percuma akan diberi.
Untuk pengguna Digi yang lain, mereka boleh terus menikmati langganan iflix percuma selama 60 hari. Pendaftaran ini perlu dibuat melalui laman khas Digi iflix, untuk mendapatkan langganan 60 hari percuma.
Jika mahu terus melanggan selepas tamat 60 hari, pengguna Digi boleh membayar langganan bulananRM10, atau tahunan RM96, terus melalui bil pascabayar, atau kredit prabayar Digi. Tidak perlu menggunakan kad kredit untuk melanggan iflix melalui Digi.
Malah, semua pengguna Digi yang melanggan iflix, akan menerima 1GB data tambahan percuma. Tetapi tawaran data 1GB ini hanya sehingga 31 Mac 2016 sahaja.
Pustaka video iflix kini memiliki lebih 18,000 filem dan drama TV, merangkumi pelbagai hiburan dari Malaysia seperti siri komedi, aksi, anime, dan hiburan keluarga. iflix turut memiliki rancangan TV antarabangsa seperti Mr Robot, Fargo, Aquarius and Black Sails, yang boleh ditonton secara eksklusif menerusi iflix di Malaysia.
