Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com
Selepas mengumumkan fungsi muat turun dan tonton tanpa internet untuk pengguna Android, kali ini kemaskini terbaru iflix di iOS juga menerima fungsi ini. Ia dimaklumkan oleh CEO iflix, Azman Rani Osman di twitter beliau @azranosmanrani.
Pengguna iflix di iPhone dan iPad, hanya perlu memuat turun versi terkini iflix 2.0 di Appstore, dan terus boleh menggunakan fungsi ini. Apa yang perlu dilakukan, muat turun filem atau drama yang ingin ditonton menerusi WiFi sebelum perjalanan, dan tontonnya bila-bila masa kemudian.
iflix menawarkan tiga jenis kualiti muat turun: rendah, pertengahan dan tinggi, agar sesuai dengan kelajuan muat turun atau ruang storan peranti. Pengguna iOS mungkin perlu berjaga-jaga, dengan kapasiti storan yang mungkin tidak mencukupi.
iflix menawarkan tayangan filem dan siri tv dari seluruh dunia, seperti Amerika, Korea malah Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Selain ini, iflix juga menawarkan siri anime dari Jepun, seperti Attack on Titan dan juga Slamdunk.
Semua ini boleh ditonton secara stream, menerusi peranti Android, iOS atau pun terus dari pelayar web, di www.iflix.com. iflix juga menyokong Google Chromecast, untuk tayangan di skrin TV LCD.
Langganan iflix juga sangat murah, hanya RM10 sebulan atau RM96 setahun (RM8 sebulan). Semua ini untuk semua tayangan dalam pustaka iflix tanpa had. Nak lagi menarik, pengguna kad Maybank boleh mendapatkan diskaun 20% untuk langganan iflix. Segera ke www.iflix.com untuk melanggan.
Masih ragu-ragu? iflix menawarkan percubaan percuma tanpa komitmen, selama 30 hari. Malah, jika anda pengguna Digi, iflix memberikan tempoh percuma selama 60 hari, serta bayaran langganan terus dari bil Digi.