Iflix akan diberi percuma untuk semua pelanggan TM Unifi

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com

iflix, servis penstriman video yang memiliki ribuan jam filem dan siri drama tempatan dan antarabangsa, kini boleh dinikmati oleh semua pengguna TM Unifi,s ecara percuma. Kerjasama ini dilihat yang pertama seumpamanya di rantau ASEAN.

Kerjasana dengan iflix ini merupakan satu lagi komitmen TM, untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju perkhidmatan berintegrasi (converge)‎ di Malaysia. Ia juga adalah tambahan kepada perkhidmatan HyppTV sedia ada.

Bagi iflix, kerjasama ini juga satu lonjakan besar kepada mereka, dalam meluaskan capaian kepada lebih ramai pengguna di Malaysia.

Azran iflix dan Jeremy New Media TM di majlis pelancaran iflix TM UnifiAzran Osman Rani (kiri) dari iflix Malaysia bersama Jeremy Kung(kanan) dari New Media TM

Bermula pertengahan Disember 2015, semua pelanggan TM Unifi boleh menikmati langganan iflix selama setahun yang bernilai RM96, secara percuma. Tetapi, tawaran ini hanya untuk pengguna di rumah, Unifi Biz tidak akan dapat menikmati tawaran ini.

Apa yang perlu pengguna Unifi lakukan ialah, pergi ke www.iflix.com atau muat turun aplikasi mudahalih iflix di iOS atau Android, dan ia akan mengaktifkan langganan iflix selama setahun secara percuma.

Sistem iflix akan mengenalpasti secara automatik, sambungan IP Unifi pelanggan dan serta-merta menanda peranti pelanggan sebagai pengguna iflix. Selepas itu, pengguna boleh menggunakan peranti untuk menonton iflix, bila-bila masa di mana jua.

iflix di TM Unifi sememangnya percuma

Sistem iflix juga akan mengesan lima peranti pertama yang menggunakan iflix, untuk menerima tawaran percuma ini. Peranti yang berhubung ke iflix selepas itu, akan disyorkan untuk mendaftar dan melanggan perkhidmatan iflix.

Tawaran ini terbuka untuk semua pengguna TM Unifi‎ di rumah sahaja buat masa ini. Tetapi TM akan memperluaskannya kepada pelanggan pakej Streamyx 4Mbps & 8Mbps di masa akan datang.




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on