10 bazar Ramadan popular di Kuala Lumpur dan Selangor

Kampung Baru


Image credit: Lipstiq.com

Bazar Ramadan Kampung sudah pasti masuk senarai pertama apabila keunikan memilih makanan di sini telahpun popular sejak berpuluh tahun lamanya dan ia masih menjadi lokasi paling ideal untuk  memilih apa saja makanan berbuka puasa. Lagi menarik, pelbagai jenis makanan termasuk yang anda mungkin tidak pernah lihat sepanjang hidup  pasti wujud di bazar kampung baru ini.

Usia kampung baru yang telahpun mencecah 115 tahun ini pasti menggamit mereka yang berpuasa asalkan anda tahan dengan keadaan trafik. Waktu berniaga bermula pada pukul 3 petang jadi lebih awal, lebih baik untuk anda sepanjang Jalan Raja Alang, Jalan Raja Muda Musa dan Jalan Raja Uda.

Kompleks PKNS Shah Alam

Kita pergi pula agak jauh sedikit ke Shah Alam, ibu negeri Selangor. Lokasinya Kompleks PKNS yang  bertempat di Seksyen 14. Bazar Ramadan terletak dalam kompaun parkir kereta dengan anggaran gerai sehingga 200 unit.

Sudah pasti pelbagai jenis masakan Ramadan yang boleh dipilih tetapi paling mencuri tumpuan biasanya di sini ialah pelbagai murtabak selain gulai kawah daripada peniaga yang sudah biasa  berniaga setiap kali bulan puasa datang.

Waktu perniagaan juga bermula seawal 2 petang apabila proses memasak bermula tetapi bazar ini tidak  terlalu penuh meskipun anda datang selewat 6 petang. Cuma pilihannya mungkin sudah berkurangan.

Jalan Tunku Abdul Rahman

Siapa tak kenal dengan bazar ramadan Jalan TAR yang turut dikaitkan dengan barangan menanti raya.  Lokasi ini biasanya popular disebabkan ia terletak di tengah Kuala Lumpur dikelilingi pejabat-pejabat jadi mudah bagi orang ramai yang berada di keliling.

Pelbagai pilihan makanan yang membuka selera memang banyak. Sebut saja apa yang anda mahukan, semuanya ada dari nasi kerabu, nasi lauk, sata hinggalah ke kuih-muih tempatan yang sedap!

Untuk meletak kenderaan, agak sukar tetapi digalakkan anda menggunakan pengangkutan awam seperti STAR LRT untuk datang ke bazar ini.

Bangsar

Kalau anda melusuri Jalan Maarof, anda boleh melihat bazar yang terletak bersebelahan pusat membeli-belah Bangsar Village. Ia dibuka seawal pukul 3 petang dengan satu lorong panjang memuatkan hampir 50 gerai menjual makanan.

Biasanya, ia popular dengan ayam percik tetapi tidak lupa juga pada popia basah atau nasi campur yang tidak kurang lazatnya.

Tempat letak kereta mungkin agak terhad jadi kalau datang, lebih baik masuk saja ke tempat letak kereta di pusat membeli-belah berdekatan.

Seksyen 13 Shah Alam


Image credit: Selongkar10.blogspot.com

Selain Kompleks PKNS, Seksyen 13 memang popular dengan bazar yang menyediakan lebih 500 gerai  jualan! Wow memang banyak dan ia sememangnya popular bukan saja untuk warga Shah Alam tetapi penduduk Subang atau Klang.

Sukar untuk menyebut makanan yang ada kerana terlalu banyak. Peniaga yang menjual air pun tidak terkira jumlahnya. Gerai-gerai ini ditempatkan berbaris di parkir kereta jadi anda boleh mengambil masa sehingga 1 jam untuk pusing di keliling dulu sebelum membuat keputusan.

Terdapat beberapa gerai yang biasa berniaga di situ tetapi ramai yang membeli set barbeku yang dijual secara ‘fresh’.

Kajang Prima

Orang Kajang pula jangan lupa mengunjungi Kajang Prima yang tidak kurang hebatnya. Memang banyak gerai mungkin selepas bazar di Reko ditutup dua tiga tahun dulu.

Macam biasa, peniaga makanan mempunyai pelbagai sajian untuk diketengahkan tetapi jangan lupa sesuatu yang menarik iaitu air katira yang sedap.

Lagi satu, jika di Kajang, tidak kira pada bulan puasa sekalipun, sudah pastilah sate tetap menjadi pilihan di hati.

Taman Tun Dr Ismail


Image credit: Backpackingmalaysia.com

Lokasi ini sememangnya popular bagi penduduk setempat atau yang datang dari pelbagai kawasan di Damansara disebabkan pelbagai pilihan makanan.

Paling menarik yang ditawarkan dan banyak di sini ialah nasi lemak kukus, sambal goreng pun memang umph Kalau anda sukakan pedas. Roti John dan banyak lagi juadah sentiasa untuk dinikmati ketika berbuka.Meskipun parkir mungkin agak leceh tetapi ia pasti berbaloi untuk datang ke sini.

Putrajaya

Bazar yang terletak di pusat kerajaan ini mempunyai beberapa pilihan makanan datang dari pelbagai negeri. Paling tidak boleh dilupakan dulu ialah ayam percik.Selain itu, terdapat susunan pelbagai gerai menjual ikan bakar portugis boleh dipilih sekiranya anda datang ke sini.

Parkir biasanya tidak mendatangkan masalah dan waktu perniagaan pun bermula agak awal.

Setiawangsa

Bazar Ramadan Setiawangsa biasaya meriah bermula pukul 4 petang lagi. Orang ramai dah mula berpusu-pusu untuk datang dan memilih. Dari Rojak Singapura ke ayam percik, semuanya sedia segar untuk dibeli. Kalau bernasib baik, jumpalah juga makanan yang tidak pernah dijual pada bulan selain bulan puasa.

Tidak perlu tamak juga kerana pelbagai jenis kue tiau pun memang banyak dijual di kawasan ini.

Wangsa Maju

Kunjungi Seksyen 1 Wangsa Maju untuk mendapatkan makanan Ramadan yang mengiurkan. Kalau bernasib baik, boleh simpan sekali untuk sahur.

Jalan sepanjang 300 meter tersebut penuh dengan peniaga tetapi apam mungkin boleh menjadi pilihan yang tepat! Deretan ayam percik dan ayam golek pun biasanya mudah didapati di sini.

Header image credit: VenusBuzz.com




BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
YouTube video
Subscribe on