“Made For Youtube” perkasa kandungan kreatif Malaysia

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com

MDeC bersama Google Malaysia, telah mengadakan pertemuan ‘Made For Youtube‘, untuk mengetengahkan dan menonjolkan lagi pembuat kandungan Youtube dari Malaysia. Mereka adalah sebahagian dari peserta yang mengikuti program, yang dijalankan oleh MDeC dan Google, untuk membentuk dan mengasah bakat tempatan, dalam menjadikan Malaysia sebagai hub teknologi kreatif di Asia.

Program ‘Made For Youtube‘ telah diperkenalkan awal tahun ini untuk meningkatkan lagi capaian saluran pemilik Youtube dari Malaysia. Sebanyak 20 syarikat berstatus MSC dan start-up yang memiliki IP (Harta Intelek) sendiri, dipilih menyertai program ini. Mereka dilatih dan diberi bantuan dari segi peralatan, dana pembangunan, bantuan tenaga kerja, serta nasihat strategik dan pembangunan dari MDeC dan Google sendiri.

MDeC Made For Youtube Google

Hiburan era baru masa kini telah membuat orang ramai beralih ke internet untuk mendapatkan kandungan. Ia telah menjadi platform melahirkan bakat dalam industri kandungan dalam talian, terutama di Youtube.

Melalui program ‘Made For Youtube‘, ia membantu mengetengahkan kandungan Youtube berkualiti tinggi dari Malaysia, untuk merancakkan lagi dunia Youtube tempatan. Antara kejayaan yang dikongsi bersama melalui program ini adalah seperti video “The Long Distance Relationship” yang dihasilkan oleh The Grim Film’s. Ia telah mencecah 2 juta paparan. Selain itu, video kanak-kanak “Kalau Rasa Gembira” oleh DiDi & Friend’s mencecah paparan 5.6 juta, menjadi contoh kejayaan penghasil kandungan Youtube dari Malaysia.

CEO MDeC, Dato’ Yasmin Mahmood berucap, kerjasama dengan Google ini mensasarkan peningkatan capaian dan kemampuan industri kreatif Malaysia. MDeC ingin membantu penghasil kandungan tempatan bagi menghasilkan, menjana keuntungan dan mengkomersialkan kandungan bertaraf dunia melalui platform Youtube. Ini adalah salah satu misi MDeC, untuk menjadikan Malaysia hub serantau kandungan kreatif.

CEO MDeC Dato YasminCEO MDeC, Dato’Yasmin Mahmood

Dalam agenda kebangsaan digital Malaysia, kami mahu mengubah Malaysia dari menjadi pengguna kepada, kepada pemacu penghasilan kandungan, bagi mencipta ruang baru menjana pendapatan melalui mnodel perniagaan digital. Les Copaque melalui siri Upin dan Ipin adalah contoh terbaik, dan momentum industri kreatif multimedia ini harus diteruskan, tambah Dato’ Yasmin.

Pada tahun 2014, syarikat berstatus MSC Malaysia, telah menjana pendapatan sekitar RM7.1 bilion dalam kluster multimedia kreatif. Ini menyumbang kepada 18% pendapatan MSC Malaysia. Sehingga kini, terdapat lebih 470 syarikat berstatus MSC dalam kluster multimedia kreatif, dengan lebih 10,515 pekerjaan.

Jika anda mempunyai idea menghasilkan kandungan kreatif dan mahu mencari dana untuk menghasilkannya, anda boleh pergi ke Malaysia Content Pitching Centre. Ia adalah pusat sehenti yang lengkap dengan fasiliti dan peralatan utuk menghasilkan kandungan kreatif. Pusat ini terletak di Platinum Sentral, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb www.pitchingcentre.com.my

 



Reader Interactions

Leave A Reply


BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
Subscribe on