Ditetak parang kerana berebut komputer Dota

Artikel ini dipetik dari rakan kami di TheSkop.com 
 

Pemain game di kafe siber, perlu mengambil langkah berjaga-jaga selepas ini, selepas seorang pekerja kafe siber di Serdang, dilaporkan diserang dengan parang. Kejadian ini berlaku gara-gara berebutkan komputer di kafe siber tersebut.

OCPD Serdang, ACP Razimi Ahmad berkata, suspek yang berumur 40-an, dikatakan berang dengan pekerja kafe siber tersebut, selepas tidak mahu memberikan komputer yang telah lama digunakan oleh pekerja itu.

Mereka dikatakan bertengkar, dan suspek meninggalkan kafe siber tersebut, sebelum datang semula bersama rakan.

Suspek dan rakan dilihat membawa beg badminton, yang diisi dengan parang. Suspek kemudian menarik pekerja tersebut dari kerusinya, dan menyerangnya dengan parang. Pihak pengurusan cuba meleraikan pergaduhan tersebut, dan meminta mereka menyelesaikannya di luar premis, sebelum menutup kafe sibernya.

Ditetak parang kerana berebut komputer DotaGambar dari The Star

Pergaduhan dilaporkan bersambung di restoran berhampiran, dan menyebabkan mangsa kemudian ditikam dengan parang di leher. Pemerhati melaporkan mangsa kemudian dibantu empat orang rakan, yang menangkap penyerang dan merampas parangnya.

ACP Razimi Ahmad menambah, suspek dan rakannya kini ditahan reman.

Berdota tu, jangan sampai senjata keluar dari skrin komputer. Amalkan gaya hidup permainan yang sihat, jangan terlalu obses sehingga mengancam nyawa orang lain.



Reader Interactions

Leave A Reply


BECOME A COCO+ MEMBER

Support local news and join a community of like-minded
“Coconauts” across Southeast Asia and Hong Kong.

Join Now
Coconuts TV
Our latest and greatest original videos
Subscribe on